Okay sambung entry yang lepas. Kala otak separa penuh.
Senja haritu aku buka TV. Sambil makan nasi lemak, sambil tengok TV. Keh keh. Tukar TV1 tengok National Pornographic. Kisah obor-obor. Baiklah terus kepada sambungan cerita lepas.
Obor-obor ni boleh dikategorikan sebagai haiwan pra-sejarah. Telah berada di muka bumi sejak berjuta-juta tahun dahulu. Sejak zaman berzaman dahulu dan melalui beberapa proses evolusi. Ia bukanlah sejenis ikan sebenarnya mengikut Wikipedia tetapi lebih kepada “Sea-jelly”. Makhluk tersendiri.
Beberapa tahun dahulu perairan negara Jepun dilanda masalah obor-obor. Jenis obor-obor yang menakluk perairan Jepun itu dikenali sebagai Nomura. Ikan-ikan semua habis mati kerana sengatan berbisa obor-obor ini. Hasil tangkapan para nelayan juga merosot kerana jumlah ikan yang berkurangan dan tangkapan yang rata-rata nya penuh dengan obor-obor. Ikan yang berjaya ditangkap juga tidak boleh dimakan kerana tercemar dengan bisa obor-obor dan terlalu bahaya untuk dihadam manusia.

Natijahnya obor-obor yang terkaut dalam hasil tangkapan ini disiat-siat sehingga mati dan dilepaskan semula ke laut dalam. Kerajaan Jepun juga telah memperuntukan wang untuk membunuh obor-obor ini untuk menyelamatkan perairan mereka. Malangnya jumlah obor-obor ini tidak lah berkurangan malahan makin bertambah.

Kajian demi kajian telah dilakukan oleh para saintis dan akhirnya mereka menemui sesuatu yang amat MEMERANJATKAN! Mereka telah melakukanSATU KESILAPAN YANG TERAMAT BESAR apabila membuat keputusan membunuh obor-obor ini. Kajian yang dilakukan oleh para saintis Jepun itu mennyatakan bahawa obor-obor ini melepaskan sel-sel pembiakan mereka apabila mereka terasa diancam. Berjuta-juta sperma dilepaskan dan proses persenyawaan terus berlaku. Ini bermaksud, lagi mereka diancam lagi bertambahlah bilangan mereka!

Persenyawaan yang berjaya akan menghasilkan polyps yang bermastautin di dasar laut yang paling dalam. Polyps boleh diibaratkan seperti kilang menghasilkan obor-obor tersebut. Ia nya boleh menghasilkan berjuta-juta obor-obor mengikut mood mereka dan mampu hidup tanpa oksigen! Fuh dasyat.
Aku rasa obor-obor ni ialah sejenis makhluk asing dan akan terus berevolusi. Dahla lama wujud semenjak zaman pra-sejarah lagi, mampu hidup tanpa oksigen plak tu! Tak larat dah nak cerita pasal obor-obor ni tapi kita harus berwaspada. Mereka telah cuba untuk mendarat ke daratan tapi setakat ni tak berjaya lagi. Tak mustahil satu hari nanti mereka berjaya! Oh tidak!
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh search Jellyfish Invasion di internet atau pun download je dokumentari di memane laman torrent. Pasti anda akan terkesima dibuatnya! Kalau ikutkan banyak lagi nak cerita tapi macam tak larat dan macam penat pula menaip dengan bahasa melayu yang agak sesat. HAHAHA macam ni la kalau dah terlalu bersemangat nak kongsi cerita. Tak toleh belakang dah tengok ayat betul ke tak betul. Laju je menaip!
Apa pun aku dah memulakan kajian tersendiri mengenai obor-obor ini. Pasti ada kait nya dengan makhluk asing. Pasti…
wahhh nawa!
aku cam suke laa cite obor-obor ko nih..
mantap~!
Hehehe ada banyak yang aku nak cite lagi tapi macam malas plok. Bahaya weh. Lautan kita bakal dijajahi si obor-obor ni! Tunggu masa je! Mereka dah berjaya menawan laut merah (iaitu laut mati). Tade dah haiwan lain yang menghuni laut merah kecuali bangsa mereka. Kat lautan paling dalam pun takde dah haiwan lain yang hidup kecuali si obor-obor ni. Banyak gambar obor-obor ni mendarat di tepi pantai. Tapi yang dah mati la.
Mengikut cerdik akal aku ni, aku rasa mereka cuba berevolusi untuk survive di bumi. Obor-obor ni kan banyak jenis. Jadi bayangkanlah suatu hari nanti obor-obor Nomura ni berjaya menawan lautan. Maka nya tiada tempat lagi bagi obor-obor jenis lain untuk hidup. Sebab tu sekarang ni dah ada banyak eviden cubaan obor-obor ni menyesuaikan diri di daratan dengan cuba berjinak-jinak di tepian pantai.
Huh! Mungkin ini lah makhluk asing yang sebenar-benarnya! Mampu hidup hanya dengan plankton sahaja!
erk…ish..
ni macam cite alien je la dah pulak..
mane website cite pasal obor2 ni haa?
aku nk survey..
seram ahh!
ni antara petanda dunia akhir zaman gak ker???
ermm…..
Ada banyak. Boleh try ni..
http://channel.nationalgeographic.com/series/explorer/3092/Overview
or mu type je Jellyfish Invasion. Banyak source. Tapi lagi best tgk documentary nye. Tak gerak dari sofa aku tgk dokumentari tu sambil pegang air tin sprite.
i like ur story…padat….tp kn cmne klu citer caribbean 2 btol2 jd kt kte…tkt nyer…huhuhu